Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
Kuala Kraf ialah blog nostalgia zaman kanak-kanak.Kuala Kraf juga memperkenalkan kraf tradisional masyarakat Melayu terutama di Kuala kangsar.Kuala Kraf juga merupakan cetusan idea kawan-kawan blogger yang cintakan seni dan kraf tradisional.
Wednesday, June 30, 2010
Saturday, June 26, 2010
Enjit-enjit semut
Anda semua pernah main enjit-enjit semut tak? Enjit-enjit semut ni salah satu permainan yg popular bagi anak-anak dahulu. Permainannya biasanya dinmainkan pada waktu malam iaitu semasa menunggu masa mengaji Al-Quraan. Biasanya mereka bermain di branda rumah sebab kalau main kat dalam rumah mesti kena marah dek tuan guru. Permainan ni mudah je, susun tangan dgn cara mencubit bahagian atas tangan dan ianya kena bertukar dengan tangan yg paling bawah akan naik ke atas sekali, begitulah hingga kita tak tertahan lagi akibat cubitan yang kuat oleh kawan kita. Sape yang menarik diri akan dikira kalah. Ok, saya masukkan lagu enjit-enjit semut versi sekarang ni
Al-Quraan
Surah Al- Baqarah ( البقرة)
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَKitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
这部经,其中毫无可疑,是敬畏者的向导。
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
他们确信幽玄,谨守拜功,并分舍我所给与他们的。
Friday, June 25, 2010
Al-Quraan
Surah Al- Faatihah ( الفاتحة)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Thursday, June 24, 2010
Helikopter Biji Getah
Budak-budak zaman sekarang bertuah kerana banyak permainan dan ibu bapa pula tanpa banyak soal akan membeli permainan untuk anak-anak mereka. Permainan remote zaman ini sudah jadi satu kemestian pada zaman ini. Pada zaman 70an dulu permainan remote ini tak pernah terbayang dalam fikiran,yang ada cuma permaian plastik dan yang paling bagus yang pakai spring yang boleh ditolak (ditarik kebelakang dahulu). Itu pun belum tentu bapa mahu belikan untuk anak mereka. Jadi kami anak-anak zaman tu perlu kreatif untuk mencipta permainan sendiri. Salah satu yang popular ialah helikopter biji getah atau pun boleh juga dijadikan kipas angin. Nak tahu cam mana rupanya? Mujur semasa mencari-cari kat internet rupanya ada yg dah masukkan gambarnya. Ok mari tengok. Agaknya anak-anak kita zaman mahu tak main permaian ini agaknya dan dia orang tahu tak nak membuatnya?
Monday, June 21, 2010
Petai Jawa
Pernah dengar tentang pokok Petai Jawa? Hari ni nak cerita tentang Petai Jawa. Itu nama yang digunakan oleh penduduk kampung sekitar Kuala Kangsar. Pokok ini banyak gunanya pada penduduk kampung, dari batang hinggalah kebuahnya. Batangnya sering dijadikan hulu parang,cangkul,tajak, keri dan sebagainya. Ini kerana batangnya amat keras. Bagi kanak-kanak pula batangnya menjadi pilihan apabila tiba musim bermain gasing mahupun bila tiba musim hoki piala dunia. Masih teringat lagi pada masa piala dunia hoki 1975,masa tu Malaysia tuan rumah dan pasukan hoki kita mendapat tempat ke 3 @ 4.... lupa pulak.Kita tewas pada India pada pelawanan terakhir........... emmm. Habis semua budak-budak kampung main hoki. Nak beli kayu hoki tak mampu, jadi batang pokok petai jawa lah pilihan yang ada. Bila tiba musim gasing juga pokok petai jawa turut jadi mangsa, tapi tak apa pokok tu banyak di kampung.Kalau nak beli gasing mana mampu, harganya 20 sen pada masa tu sebab duit belanja pun 5 sen je. Ooo nak tahu macam mana rupa pokok petai jawa ye.
Ini la pokoknya. Ia juga dikenali sebagai pokok petai belalang. Pernah tengok? Selain batangnya buah petai ini juga menjadi makanan seluruh penduduk kampung. Ianya boleh dimakan mentah-mentah atau pun di buat sambal tumis. Rasanya memang sedap tapi yang jadi masalah ialah baunya yang sungguh menyeksakan pada rakan-rakan di sebelah bila kita bercakap. Biasanya selepas makan petai ini akan menpercepatkan proses buang air besar. hehehe sebabnya buah petai yang kecil ni biasa tidak dapat hadam dengan sempurna terutama bagi mereka yang 'kurang' gigi. Apabila buang air biasanya petai jawa ni akan keluar dalam bentuk asalnya, hehehe.Pernah cuba makan? Cubala, inilah snack kanak-kanak di kampung suatu masa dahulu................... Pernah dengar tentang buah Lembe dan Ubi Batat....... nanti saya cerita ok.
Buah dan bunga Petai Belalang - buah yg masih lembut dan muda juga boleh dijadikan ulam dimakan dengan sambal kelapa

Sunday, June 20, 2010
Biji Getah - lawan biji getah
Hari ini saya nak cerita tentang biji getah. Ko orang pernah tengak ke biji getah ni. Ok ini gambarnya.
Biji getah ni di dapati daripada pokok getah. pernah tengok pokok getah. Ha ni dia pokok getah
Selain digunakan sebagai buah untuk permainan congkak buah/biji getah ni banyak gunanya pada kami pada zaman kanak-kanak dulu. Biasanya biji getah ni juga kami gunakan untuk main laga. Yang penting cari biji getah yang kelihatan 'kuat', biasanya yg masih baru dan berkilat dan bentuknya yang agak leper atau berliku-liku sikit. Sebab yang bulat dan besar biasanya akan mudah tewas.Cara mainnya mudah sahaja, letakkan dua biji buah getah tadi di tapak tangan kemudian dikepitkan di celah kangkang sehingga salah satunya pecah. kalau pecah kalah le.... itu je. Walaupun simple je mainnya kadang-kadang boleh menjadi punca pergaduhan kerana ada teknik-teknik tertentu yg boleh memecahkan biji getah yang dianggap juara. Itu tak boleh ceritala,ko orang kena cuba sendiri. ok ada banyak lagi cerita pasal buah getah ni pada post-post yang akan datang.............
Ko orang tahu tak sarung biji getah ni pun boleh dijadikan satu alat permainan tau? Nak tahu tungguuuuu............

Megat Aniruddin Jamalulail's Photos - Koleksi Fine Art Foto
Destinasi terakhir Percutian Sekolah musim ini ialah Pulau Pinang.......Sabtu 19 Jun layan anak2 di Pantai Tanjung Bunga... Shamrock Beach....
Saturday, June 19, 2010
MyKrafStore
Congkak
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Terkenang zaman kanak-kanak dahulu kami akan membuat lubang congkak di bawah rumah arwah datuk.Buahnyanya kami gunakan batu yang dikutip dari Sungai Temong. Nak beli guli mana mampu pada waktu itu.Kalau musim buah getah barulah kami gantikan batu-batu itu dengan buah getah.Yang pasti lepas main congkak tangan terutama kuku pasti kotor,tapi biasanya anak-anak kampung jarang sakit(lasak kata orang kampung).Kini rumah arwah datuk di Kampung Kampar masih kukuh berdiri,cuma tiada siapa yang tinggal.Mujurlah Pak Cik Kudus masih ada dikampung menjaga rumah pusaka itu buat kami berkumpul di hari raya.

Rumah Kuala
Rumah tradisional Kuala kangsar - kebanyakan rumah di Kuala Kangsar mempunyai tiang yang tinggi kerna kebanyak rumah-rumah dibina di tepi sungai. Ini menyebabkan rumah-rumah tersebut terdedah pada banjir. Rumah juga berfungsi sebagai stor penyimpanan padi pada masa dahulu. Apabila sampai musim menuai, padi akan disimpan di atas rumah dan apabila mahu mengangin padi lantai rumah akan ditarik dan padi akan jatuh dan mesih mengangin padi akan dipusing dgn tangan di bawah rumah.
Friday, June 18, 2010
Badik
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya diantara 18 - 20sm. dan lebar 2sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.
Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.
Artis kuala - Megat
Megat Aniruddin Jamalulail Pak Long.......telah mengayuh teksi inidalam tempoh yg cukup lama...hasil pendapatan inilah digunkannya bagi membesarkan anak2 yg kini semuanya tlh berjaya menjawat jawatan yg tinggi. Sehingga kini beliau masih terus mengayuh teksi kesayanagannya....walaupun tiada siapa yg akan menggantikannye suatu masa nanti............
Thursday, June 17, 2010
Labu Sayong
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untukmenghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik.
Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.
Definisi Kraf
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Sumber: http://www.kraftangan.gov.my
Sumber: http://www.kraftangan.gov.my
Labu Sayong
Tembikar daripada tanah liat dikenali sebagai labu sayong di Perak, kechor di Perlis, terenang di Pahang. Tembikar ini telah ditambah nilai perak dan tembaga, motif tradisional Melayu untuk menambah nilai komersialnya.
Selamat Datang Ke Kuala Kraf
Selamat Ke Kuala Kraf. Kuala Kraf ialah blog nostalgia zaman kanak-kanak.Kuala Kraf juga memperkenalkan kraf tradisional masyarakat Melayu terutama di Kuala kangsar.Kuala Kraf juga merupakan cetusan idea kawan-kawan blogger yang cintakan seni dan kraf tradisional.
Subscribe to:
Posts (Atom)