Wednesday, December 7, 2011

Aku Fikir: Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012

Aku Fikir: Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012: Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012

Thursday, December 1, 2011

Aku Fikir: Gaji baru kakitangan awam 2012

Aku Fikir: Gaji baru kakitangan awam 2012: Ramai yang mula tercari-cari gaji baru yang bakal di terima oleh kakitangan awam mulai 2012 seperti mana yang telah dinyatakan oleh Pe...

Aku Fikir: Semakan Daftar Pemilih - Have you a registered to ...

Aku Fikir: Semakan Daftar Pemilih - Have you a registered to ...: The big question: Are you a registered voter? Did you know that the Pilihan Raya is looming around the corner? If you’re a first timer, ju...

Aku Fikir: Semakan Daftar Pemilih - Have you a registered to ...

Aku Fikir: Semakan Daftar Pemilih - Have you a registered to ...: The big question: Are you a registered voter? Did you know that the Pilihan Raya is looming around the corner? If you’re a first timer, ju...

Monday, August 8, 2011

Aku Fikir: BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Aku Fikir: BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Pengumuman pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam oleh kerajaan sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan satu kelegaan bagi rakyat berpendapatan rendah. Aku fikir walaupun ini akan melibatkan jumlah yang besar kepada perbelanjaan kerajaan tetapi dari sudut ekonomi iannya sesuatu yang baik kerana wang tersebut akan dibelanjakan oleh rakyat untuk membeli keperluan raya. Ianya secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi negara dan menggelakakan rakyat daripada berhutang demi menyambut hari raya. Kerajaan akan memperolehi semula pendapatan melalui cukai. jika perniagaan meningkat kerajaan akan memperolehi cukai yang lebih tinggi. Di harap kakitangan kerajaan dapat berbelanja dengan cara yang bijak dengan bonus yang diperoleh tersebut.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, April 5, 2011

WAU/LAYANG-LAYANG


Pengenalan
Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi  secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Γ’€˜Semangat PadiΓ’€™ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.
      Wau Bulan
      Wau kucing
      Wau daun
      Wau helang
      Wau Jalabudi
      Wau puyuh
      Wau merak
      Wau kenyalang

Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh
  1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
  2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
  3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
  4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
  5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
  6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
  7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
  8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
  9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.
Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
  1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
  2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
  3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
  4. Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
  5. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
  1. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
  2. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
  3. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.
  4. Membuat bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
  1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
  2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
  3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
  4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
  5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
  6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
  7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
  1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
  2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
  3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V
  4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.


Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
  1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
  2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
  3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
  4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
  5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
  6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Cara Bermain Wau
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.


Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.
Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

Nama Penulis: Fakhrullah Bin Razak
Nama Penulis: Archanah A/P Charles Magalingam
Nama Penulis: Mathilda Chung
Pelajar : PPISMP IPG KAMPUS IPOH
Unit : K16

Friday, February 4, 2011

Gasing


Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

Wednesday, February 2, 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Pergolakan Di Mesir

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Pergolakan Di Mesir: "Ikuti Perkembangan Terkini Di Mesir,(LIVE) http://english.aljazeera.net/watch_now/ Top NewsClashes break out in Tahrir SquareMubarak conces..."
ShareThis