Monday, June 21, 2010

Petai Jawa

Pernah dengar tentang pokok Petai Jawa? Hari ni nak cerita tentang Petai Jawa. Itu nama yang digunakan oleh penduduk kampung sekitar Kuala Kangsar. Pokok ini banyak gunanya pada penduduk kampung, dari batang hinggalah kebuahnya. Batangnya sering dijadikan hulu parang,cangkul,tajak, keri dan sebagainya. Ini kerana batangnya amat keras. Bagi kanak-kanak pula batangnya menjadi pilihan apabila tiba musim bermain gasing mahupun bila tiba musim hoki piala dunia. Masih teringat lagi pada masa piala dunia hoki 1975,masa tu Malaysia tuan rumah dan pasukan hoki kita mendapat tempat ke 3 @ 4.... lupa pulak.Kita tewas pada India pada pelawanan terakhir........... emmm. Habis semua budak-budak kampung main hoki. Nak beli kayu hoki tak mampu, jadi batang pokok petai jawa lah pilihan yang ada. Bila tiba musim gasing juga pokok petai jawa turut jadi mangsa, tapi tak apa pokok tu banyak di kampung.Kalau nak beli gasing mana mampu, harganya 20 sen pada masa tu sebab duit belanja pun 5 sen je. Ooo nak tahu macam mana rupa pokok petai jawa ye.
Ini la pokoknya. Ia juga dikenali sebagai pokok petai belalang. Pernah tengok? Selain batangnya buah petai ini juga menjadi makanan seluruh penduduk kampung. Ianya boleh dimakan mentah-mentah atau pun di buat sambal tumis. Rasanya memang sedap tapi yang jadi masalah ialah baunya yang sungguh menyeksakan pada rakan-rakan di sebelah bila kita bercakap. Biasanya selepas makan petai ini akan menpercepatkan proses buang air besar. hehehe sebabnya buah petai yang kecil ni biasa tidak dapat hadam dengan sempurna terutama bagi mereka yang 'kurang' gigi. Apabila buang air biasanya petai jawa ni akan keluar dalam bentuk asalnya, hehehe.Pernah cuba makan? Cubala, inilah snack kanak-kanak di kampung suatu masa dahulu................... Pernah dengar tentang buah Lembe dan Ubi Batat....... nanti saya cerita ok.
Buah dan bunga Petai Belalang - buah yg masih lembut dan muda juga boleh dijadikan ulam dimakan dengan sambal kelapa

No comments:

Post a Comment

ShareThis