Sunday, June 20, 2010

Biji Getah - lawan biji getah

Hari ini saya nak cerita tentang biji getah. Ko orang pernah tengak ke biji getah ni. Ok ini gambarnya.

Biji getah ni di dapati daripada pokok getah. pernah tengok pokok getah. Ha ni dia pokok getah
Selain digunakan sebagai buah untuk permainan congkak buah/biji getah ni banyak gunanya pada kami pada zaman kanak-kanak dulu. Biasanya biji getah ni juga kami gunakan untuk main laga. Yang penting cari biji getah yang kelihatan 'kuat', biasanya yg masih baru dan berkilat dan bentuknya yang agak leper atau berliku-liku sikit. Sebab yang bulat dan besar biasanya akan mudah tewas.Cara mainnya mudah sahaja, letakkan dua biji buah getah tadi di tapak tangan kemudian dikepitkan  di celah kangkang sehingga salah satunya pecah. kalau pecah kalah le.... itu je. Walaupun simple je mainnya kadang-kadang boleh menjadi punca pergaduhan kerana ada teknik-teknik tertentu yg boleh memecahkan biji getah yang dianggap juara. Itu tak boleh ceritala,ko orang kena cuba sendiri. ok ada banyak lagi cerita pasal buah getah ni pada post-post yang akan datang.............
Ko orang tahu tak sarung biji getah ni pun boleh dijadikan satu alat permainan tau? Nak tahu tungguuuuu............

2 comments:

  1. tetiba teringat masa kekecik .. kalau balik kedah .. siap laa pokok tok wan ... hahah abis kami wat eksperiment ngan pisau lipat seposen tu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana blog u telah mencetuskan idea utk saya menulis.Mulanya saya mencari bahan utk tulis tentang senapang buluh, lalu jumpa blog u yg sungguh menarik tu.harap u akan terus menulis.banyak kenangan yg perlu kita kongsikan dengan generasi muda hari ini.

    ReplyDelete

ShareThis