Tembikar yang lebih dikenali sebagai                  Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong,   daerah Kuala                  Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka    tergambarlah keindahan                 bentuk seni labu yang berwarna  kehitaman. Wujudnya labu   hitam ini                 dari buah labu tua  yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan   sebelum                  dijadikan bekas untuk menyimpan air.
Kuala Kraf ialah blog nostalgia zaman kanak-kanak.Kuala Kraf juga memperkenalkan kraf tradisional masyarakat Melayu terutama di Kuala kangsar.Kuala Kraf juga merupakan cetusan idea kawan-kawan blogger yang cintakan seni dan kraf tradisional.
Thursday, June 17, 2010
Labu Sayong
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di  Semenanjung                 Malaysia telah mula dikenali sejak  zaman-berzaman dan kini   perusahaannya                 masih hidup di  beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.   Melalui                  kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia,    maka terbentuklah tembikar  yang memaparkan keindahan   warisan tradisi yang sebahagian besarnya  disempurnakan oleh kaum wanita.   Seni tembikar ialah hasil seni  kraftangan yang diperbuat dari tanah   liat yang diuli, diterap dengan  pelbagai corak, diasapkan serta dibakar   untukmenghasilkan satu  rupabentuk yang sungguh berseni dan unik. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

ShareThis
No comments:
Post a Comment