Kuala Kraf ialah blog nostalgia zaman kanak-kanak.Kuala Kraf juga memperkenalkan kraf tradisional masyarakat Melayu terutama di Kuala kangsar.Kuala Kraf juga merupakan cetusan idea kawan-kawan blogger yang cintakan seni dan kraf tradisional.
Saturday, March 31, 2012
Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit
Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit: "
Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.
Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas."
'via Blog this'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment