Pengenalan
Perkataan wau dikatakan berasal
dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi secara berirama.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih
dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman
seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan
sebagainya.
Kini permainan tersebut telah
mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap
di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang
diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.
Sejarah
Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di
Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal
dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan
dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu
menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia
juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan
Wau
Permainan wau dikaitkan dengan
mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di
negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang
suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki
bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka
terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah
dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak
gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya
bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Γ’€˜Semangat PadiΓ’€™ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Γ’€˜Semangat PadiΓ’€™ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Jenis-jenis
Wau.
• Wau
Bulan
• Wau
kucing
• Wau
daun
• Wau
helang
• Wau
Jalabudi
• Wau
puyuh
• Wau
merak
• Wau
kenyalang
Teknik
Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang
diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu
dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain
daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah
seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat
beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan
menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang
Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh
- Rumpun
buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
- Pilih
buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
- Jangan
tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
- Buluh
yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
- Keadaan
cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti
di waktu tengahari.
- Jika
menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
- Sebelum
menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
- Adalah
lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
- Petua
orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak
aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.
Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan
dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya
tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut
tahan dan kuat ialah :-
- Buluh
disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
- Buluh
ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu
jam.
- Menyalai
kepingan buluh pada bara api.
- Meraut
Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk
memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas
digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan
kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan
daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti
:-
- Bahagian
tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
Bahagian bilah sayap di kedua-dua
bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah
tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
- Bahagian
ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
- Raut
bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
- Selepas
semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.
- Membuat
bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang
belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang
sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua
keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping
lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah
diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai
Wau
- Tulang
belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
- Bahagian
sayap wau akan diikat terlebih dahulu
- Sayap
yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
- Ikat
di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
- Cantumkan
hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
- Untuk
bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk
diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah
iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
- Proses
terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu
lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau
tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak
ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
- Ukur
kertas dengan saiz bingkai.
- Kemudian
kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
- Potong
kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V
- Lekatkan
kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek
Corak
Ukiran lukisan pada badan wau
adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa.
Antara langkah-langkah yang terlibat :
- Lipat
empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
- Mulakan
melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan
satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak
yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
- Corak
perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.
- Corak
akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu
gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di
atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas
corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas
kain lembap tadi.
- Potong
semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
- Tampal
ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang
Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan
dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas yang
dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama
dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau tradisional mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana
ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan
wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan
mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat
diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Cara Bermain
Wau
Wau hendaklah dimainkan di
kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di
padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk
menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang
tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.
3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang
bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan
teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan
memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang
gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.
Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru
menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau
penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau
terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan
angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali
wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.
Teknik menurunkan wau.
Menurunkan wau memerlukan dua
pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik
tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang
yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau
laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan,
tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan
serpihan kaca halus.
Nama
Penulis: Fakhrullah Bin Razak
Nama
Penulis: Archanah A/P Charles Magalingam
Nama
Penulis: Mathilda Chung
Pelajar : PPISMP IPG KAMPUS IPOH
Unit : K16