Friday, July 9, 2010

Cikcibo

Kawan-kawan pernah tengok dan dengo nama cikcibo. Sebenonye cikcibo ni nama yang kita orang Kuala gunakan intuk pepatung. Pepatung ni juga ada banyak kisah masa zaman kanak-kanak kita orang di Kuala ni,kira yang boleh diketegorikan brutal jugala. Cikcibo ni banyak bila waktu padi dah mula mengeluarkan bunganya. Masa tulah kita orang bertanding sape yang paling handal menangkap cikcibo ni dengan tangan. Selain guna tangan kami juga menangkap cikcibo ni dengan menggunakan getah nangka yang diletakkan pada hujung lidi.Biasanya cikcibo yang ditangkap ini akan menerima nasib yang malang ditangan kami. Hick...... zalimnya .................. maafla masa tu tak tahu hukum lagi...................... harap-harap cikcibo yang pernah jadi mangsa kami dulu memaafkan kesalahan kami ...........
Salah satu aktiviti yang dibuat pada cikcibo yang telah ditangkap ialah dengan mencucuk ekor cikcibo tersebut dengan rumput sambo atau pun kemuncup. selepas itu cikcibo tersebut akan dilepaskan terbang. kami akan seronok tengok cikcibo itu dengan susah payang untuk terbang kerana ia telah bertambah berat. Emmm zalimnya tapi itu dulu zaman kanak-kanak. Semoga Tuhan mengampunkan dosa kami pada binatang yang lemah itu.

1 comment:

  1. haa tu la pasal .. jijah penah gak buat kat cakcibor cenggitu ... abis dia kena sula ngan kitorang ... kalau tak silap masa tu dorang panggil KATIBOR ..

    ReplyDelete

ShareThis